Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 33 Projek diluluskan BDDA Sektor Pembangunan Agro Pertanian di DUN Kabong
  • WILAYAH

33 Projek diluluskan BDDA Sektor Pembangunan Agro Pertanian di DUN Kabong

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Krian, Friday Belik semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Sektor Pembangunan Agro Pertanian BDDA di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Betong, kelmarin. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

BETONG: Sebanyak 215 projek telah dirancang di bawah Jawatankuasa Sektor Pembangunan Agro Pertanian Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 33 projek akan dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.

“Daripada 215 projek yang diluluskan oleh BDDA sebanyak 33 projek akan dilaksanakan untuk kawasan DUN Kabong melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM23.6 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Chee Kadir yang diwakili oleh Nur Elffi Amir telah hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Sektor Pembangunan Agro Pertanian BDDA yang dipengerusikan oleh ADUN Krian Friday Belik di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Betong, kelmarin.

Mengulas lanjut, Chee Kadir berkata status pelaksanaan projek-projek di DUN Kabong iaitu 28 projek telah siap sepenuhnya, tiga projek dalam peringkat belum mula dan dua projek dalam peringkat perancangan.

Di akhir mesyuarat, Friday menyatakan bahawa kebanyakan projek yang masih belum dilaksanakan dijangka akan bermula pada suku ketiga dan suku keempat tahun 2025. 

Beliau turut mengharapkan serta menegaskan agar semua projek dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan impaknya dapat dirasai oleh golongan sasar terutamanya para petani dan pengusaha dalam sektor agro-pertanian.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gangguan air di Sibu akibat paip bocor, penggunaan luar biasa
Next: Harden adakan lawatan ke IPD Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.