Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 33 penerima terima sumbangan barangan keperluan
  • Utara
  • WILAYAH

33 penerima terima sumbangan barangan keperluan

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA KASIH… Rary Binjie menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada salah seorang penerima pada Program Jalinan Ramadan di Masjid Jihadullah Kampung Pejuang Kelulit, semalam.

BEKENU: Seramai 33 penerima telah menerima sumbangan barangan keperluan pada Program Jalinan Ramadan anjuran Surau Al-Ikhlas Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah dan Masjid Jihadullah Kampung Pejuang Kelulit, di sini semalam.

Menurut Ketua BBP Batu Niah PBT II Rary Binjie, objektif utama program yang diadakan di Masjid Jihadullah itu adalah untuk menyantuni golongan memerlukan, di samping mengeratkan lagi hubungan antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan komuniti setempat.

Katanya, penerima adalah terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan golongan asnaf.

“Berharap sumbangan berupa barangan keperluan dapat meringankan beban mereka dalam menyambut Ramadan ini.

“Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuhkan semangat perpaduan, malah memperlihatkan keprihatinan pihak penganjur terhadap kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, dengan adanya program seperti ini, diharapkan hubungan antara pihak berkuasa dan penduduk setempat terus terjalin erat serta membawa keberkatan kepada semua yang terlibat.

Turut hadir, warga Surau Al-Ikhlas BBP Batu Niah, Ahli Jawatankuasa Masjid Jihadullah, Penghulu Junit Mulok dan Maimon Osman ketua kampung.
Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masyarakat Orang Ulu digesa kekal bersatu
Next: Pastikan proses pemulihan banjir berjalan lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.