Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 33 Pelajar SMK Balleh teroka budaya, ilmu di Kuching
  • PENDIDIKAN

33 Pelajar SMK Balleh teroka budaya, ilmu di Kuching

Utusan Sarawak 1 day ago
LAWATAN BERHARGA…Stanley (tengah) bersama guru pengiring dan pelajarnya ketika melawat Kampung Budaya Sarawak di Kuching.

SIBU: Seramai 33 pelajar Tingkatan Lima bersama tujuh guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balleh, Kapit menyertai Program Lawatan Sambil Belajar ke Kuching dari 7 hingga 11 September lalu.

Program itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai budaya, sejarah, media, pemuliharaan alam sekitar serta pembangunan sahsiah diri.

Antara destinasi lawatan ialah Cats FM, Kampung Budaya Sarawak, Muzium Budaya Borneo, Tebingan Sungai Kuching, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak (Kem Santubong) dan Jong’s Crocodile Farm.

DARI KAMI...Stanley (tiga kanan) mewakili rombongannya menyerahkan cenderamata kepada pihak Unimas.

Pengetua SMK Balleh, Stanley Bayang berkata beliau gembira kerana pelajar dari kawasan pedalaman berpeluang menyaksikan sendiri pembangunan pesat yang berlaku di Kuching.

“Objektif lawatan ini telah tercapai dengan jayanya dan program ini memberi impak positif kepada peserta dengan pengalaman bermakna yang menyokong pembangunan holistik mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberi sokongan kewangan dan bantuan sepanjang program berkenaan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan tegas perkukuh pendidikan awal untuk lahirkan generasi seimbang
Next: Pendidikan kesihatan reproduktif remaja perlu penerimaan terbuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.