Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 33 pelajar cemerlang SMK Telang Usan terima insentif kecemerlangan SPM
  • PENDIDIKAN

33 pelajar cemerlang SMK Telang Usan terima insentif kecemerlangan SPM

Utusan Sarawak 13 hours ago
PEGAWAI Pejabat Daerah Marudi, Rose Edward Tarang menyempurnakan perasmian Karnival Pelajar SMK Telang Usan Tahun 2025. Foto : Jiku Juguong

MARUDI: Seramai 33 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telang Usan di sini menerima hadiah insentif atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Majlis penyampaian insentif diadakan sempena Program Karnival Pelajar 2025 dan Majlis Penyampaian Hadiah Insentif SPM 2024 yang berlangsung di Dewan Sri Perkasa, SMK Telang Usan hari ini.

Hadiah insentif tersebut disampaikan oleh Pegawai Pejabat Daerah Marudi yang mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala.

Menurut wakil beliau, kejayaan para pelajar merupakan hasil usaha gigih, pengorbanan masa, doa serta sokongan berterusan daripada ibu bapa dan guru-guru.

“Anda adalah kebanggaan sekolah, masyarakat bahkan negeri dan negara,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

TAHNIAH…Ibu kepada pelajar cemerlang SPM 2014 menerima hadiah insentif SPM 2024 disampaikan Rose Edward Tarang. Foto : Jiku Juguong

Beliau berkata, pemberian insentif bukan sahaja sebagai tanda penghargaan tetapi juga galakan untuk terus melahirkan generasi muda yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kepimpinan.

“Kejayaan ini diharap menjadi inspirasi dan motivasi kepada pelajar lain, khususnya calon SPM tahun ini agar terus berusaha mencapai kejayaan lebih gemilang,” tambahnya.

Beliau turut menasihati para pelajar agar tidak hanya mengejar kecemerlangan akademik semata-mata, sebaliknya turut membina jati diri yang utuh, berakhlak mulia serta bersedia menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Rose Edward turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.

PENGHARGAAN…Rose Edward Tarang menerima cenderamata disampaikan Pengetua SMK Telang Usan Racherd Emang. Foto : Jiku Juguong 

Program turut dimeriahkan dengan pameran pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peranan agensi dalam pembangunan masyarakat.

Selain itu, terdapat gerai jualan makanan yang dikendalikan sendiri oleh pelajar sebagai latihan kemahiran keusahawanan dan kerjasama.

Pelbagai aktiviti interaktif dan permainan turut diadakan sepanjang karnival bagi menghidupkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Dalam majlis sama, Rose turut mengumumkan pemberian Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM3,000 daripada Datuk Gerawat Gala kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Telang Usan.

Turut hadir, Pengetua SMK Telang Usan, Rechard Emang dan Pegawai Pendidikan Daerah Baram, Matthew Laing Ngau.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Warisan Samarkand inspirasi perkembangan ilmu falak di Sarawak
Next: Kerjasama komuniti diperlukan bendung buli sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.