
SIBU: Kursus Pemantapan dan Pemerkasaan Terminal Rangkaian Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak Tahun 2025 telah diadakan dengan jayanya di Jabatan Kimia Cawangan Sibu.
Kursus selama dua hari yang bermula pada 22 hingga 23 Oktober itu dianjurkan oleh Bahagian Penguatkuasa Unit Logistik JPJ Sarawak dengan penyertaan seramai 33 pegawai dari seluruh cawangan JPJ di negeri ini.
JPJ Negeri Sarawak menerusi kenyataan di Facebook berkata, kursus berkenaan bertujuan memperkukuhkan pengetahuan serta kemahiran pegawai dalam penggunaan dan fungsi terminal GIRN bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan tugas-tugas penguatkuasaan di lapangan.

Khirruden Nizam Joll daripada Sapura Research Sdn Bhd, Kuching turut dijemput sebagai penceramah utama bagi sesi latihan, yang merangkumi perkongsian teori serta demonstrasi praktikal berkaitan sistem komunikasi GIRN dalam operasi penguatkuasaan.
JPJ Sarawak turut merakamkan penghargaan kepada Sapura Research Sdn Bhd atas kerjasama dan komitmen mereka dalam menjayakan program berkenaan.
Inisiatif seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh keupayaan anggota penguatkuasa JPJ Sarawak agar dapat melaksanakan amanah dengan lebih cekap, profesional dan berintegriti.
Oleh Akun Giman