Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 33 kapal diperiksa dalam Ops Ambal 
  • SEMASA

33 kapal diperiksa dalam Ops Ambal 

Utusan Sarawak 8 months ago

PERIKSA… Anggota Maritim dan JLWS semasa mengadakan pemeriksaan ke atas kapal menerusi Ops Ambal Kuching

KUCHING: Sebanyak 33 kapal telah diperiksa oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak bersama Jabatan Laut Wilayah Sarawak (JLWS) menerusi Ops Ambal Kuching di Tanjung Manis pada 23 dan 24 Oktober lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kapten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata operasi itu dijalankan bagi meningkatkan keselamatan, penguatkuasaan undang-undang serta membanteras jenayah di perairan Sarawak.

Katanya, pada operasi berkenaan sebanyak 33 kapal telah diperiksa dan beberapa tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas pihak yang didapati melanggar undang-undang maritim.

”Selain itu, seramai 44 anggota Maritim Malaysia dan 12 anggota JLWS telah digerakkan bersama-sama enam aset Maritim Malaysia dan sebuah aset JLWS ke perairan negara merangkumi perairan Muara Tebas, Tanjung Po, Muara Payang dan kawasan sekitarnya.

”Aset-aset ini memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi, terutamanya dalam aspek pemantauan, pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan terhadap kapal-kapal yang berada di perairan Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya antara kesalahan yang dikesan dalam operasi termasuk kesalahan di bawah Seksyen 18(5) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana cuai mengekalkan tanda nama kapal serta nama kapal yang mengelirukan dan beberapa lagi kesalahan lain.

Dalam pada itu, beliau turut memuji kejayaan dalam operasi kali ini serta penambahan aset strategik seperti Bot Kilat 22, Kilat 35, Penggalang 22, Penyelamat 8, Petir 82, Perkasa 25 dan Tanjung Selalang milik JLWS yang telah menjadi penyumbang kepada kejayaan operasi kali ini.

Pada hari terakhir operasi, satu majlis penutup telah diadakan dengan penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada anggota pasukan sahabat yang terlibat pada operasi tersebut.

Continue Reading

Previous: 1MDB: Abang Johari terima permohonan maaf Najib
Next: Lebuh Raya Pan Borneo mampu tarik penggemar motosikal berkuasa besar, pacu pelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.