Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 329,000 tong diesel dihantar ke Filipina bukan dari Malaysia – MTEN
  • NASIONAL

329,000 tong diesel dihantar ke Filipina bukan dari Malaysia – MTEN

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mengesahkan 329,000 tong diesel yang dihantar ke Filipina baru-baru ini bukan berasal dari Malaysia seperti dilaporkan media antarabangsa hari ini.

Pasukan Pengurusan Krisis MTEN dalam kenyataan hari ini, menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta merujuk kepada sumber rasmi kerajaan.

Terdahulu, media Filipina melaporkan kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia telah dihantar ke negara itu bagi menambah bekalan bahan api negara itu ketika ketidaktentuan pasaran global.

Menurut laporan itu, penghantaran tersebut sebahagian daripada usaha kerajaan Filipina memperkukuh bekalan domestik, susulan penghantaran 142,000 tong atau 22.578 juta liter dari Jepun pada 26 Mac.- Bernama

Continue Reading

Previous: SPRM bongkar salah guna kedudukan, pengubahan wang haram bekas CEO badan berkanun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.