Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 328.2 kg daging korban diagih kepada asnaf dan kariah di Masjid Bandar Sri Aman
  • Selatan
  • WILAYAH

328.2 kg daging korban diagih kepada asnaf dan kariah di Masjid Bandar Sri Aman

Utusan Sarawak 1 hour ago

SIMANGGANG: Sebanyak 328.2 kilogram (kg) daging dan tulang lembu hasil ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Bandar Sri Aman hari ini diagihkan kepada golongan asnaf, fakir miskin serta ahli kariah yang layak menerima manfaat.

Daging korban tersebut merupakan sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor dan Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan dalam membantu masyarakat setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Bandar Sri Aman, Azmi Morshidi berkata, pengagihan dilaksanakan secara teratur dan teliti bagi memastikan setiap bahagian daging sampai kepada penerima yang berhak mengikut ketetapan syarak.

Menurut beliau, pemahaman yang betul mengenai hukum dan tatacara pengurusan korban amat penting bagi memastikan ibadah tersebut dilaksanakan dengan sempurna.

“Bila ada ilmu, pengurusan korban dibuat dengan betul. Insya-Allah setiap bahagian dan agihan 328.2 kg daging dan tulang ini menepati syarak, dan apa yang diperoleh adalah pahala ibadah korban, bukan sekadar pahala sedekah daging semata-mata,” katanya pada program berkenaan.

Bagi melancarkan proses pengagihan, aktiviti penyembelihan dan melapah daging dijalankan secara gotong-royong melibatkan peserta korban, pegawai dan petugas masjid serta Jawatankuasa Pengurusan Jenazah Masjid Bandar Sri Aman.

Azmi berkata, persediaan rapi telah dilakukan lebih awal menerusi Seminar Korban yang memberi pendedahan mengenai pengurusan agihan serta pengendalian daging secara sistematik kepada masyarakat dan petugas yang terlibat.

Seminar tersebut dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman, Tabung Baitulmal Bahagian Sri Aman dan Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Sri Aman.

Beliau menjelaskan usaha itu bertujuan mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan hukum serta prosedur pengagihan agar proses pelaksanaan korban dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan berkesan.

Majlis simbolik penyerahan sumbangan daging korban turut disaksikan oleh ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor dan Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh.

Program berkenaan bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidiladha, malah memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan sosial dalam kalangan masyarakat melalui perkongsian rezeki dengan golongan yang memerlukan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Individu buat panggilan palsu berdepan tindakan undang-undang tegas
Next: ADUN Batu Danau sumbang lapan kerbau sempena Aidiladha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.