Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 320 KELUARGA TERJEJAS 21 rumah panjang terputus hubungan
  • TEMPATAN

320 KELUARGA TERJEJAS 21 rumah panjang terputus hubungan

Utusan Sarawak 4 years ago
MASIH TINGGI…Paras banjir masih tinggi di kawasan Engkerbai dan Lubok Bemban.

MUKAH: Sebanyak 2,087 bakul makanan dan beras telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas banjir di kawasan Engkerbai dan Lubok Bemban.
Penghantaran bantuan itu yang diagihkan pada Ahad lalu adalah melibatkan 320 keluarga di 21 rumah panjang di sana.

Bantuan tersebut telah diserahkan kepada Penghulu Mawar Awang selaku wakil semua Tuai Rumah dan mangsa banjir.

Penyerahan tersebut diserahkan Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir yang disaksikan Pegawai Daerah Mukah, Peleazman Ahip, Pegawai Jabatan Kebajikan Bahagian Mukah serta wakil dari agensi terlibat termasuk wakil dari Pusat khidmat Ahli Parlimen Mukah.

“Ini merupakan hari kelima, penduduk di kawasan Engkerbai dan Lubok Bemban tidak dapat melepasi beberapa kawasan yang terjejas.

“Keadaan banjir masih tinggi dan terputus hubungan kerana jalan utama untuk ke sana tidak dapat dilalui,” ujar Hamdiah.

Justeru, Hamdiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah, mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sebagai pasukan demi memberi khidmat masyarakat kepada kawasan yang terjejas akibat banjir.

Turut terlibat Pejabat Residen, Pejabat Daerah Mukah, Angkatan Pertahanan Awam Mukah, Jabatan RELA Mukah, Jabatan Tanah dan Ukur Mukah, Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Pejabat Pertanian Mukah, Unit Komunikasi Awam Sarawak dan Pusat Khidmat Parlimen Mukah.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Mural ‘Oyen’ jadi tarikan pasar raya
Next: Abang Jo terima kunjungan Lembaga Pengurusan Tertinggi Pustaka Negeri S’wak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.