Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UNIFOR bantu 32 sekolah mubaligh berjumlah keseluruhan RM3.7 juta
  • TEMPATAN

UNIFOR bantu 32 sekolah mubaligh berjumlah keseluruhan RM3.7 juta

Utusan Sarawak 2 years ago

Datuk Dr. Penguang Manggil merakam gambar bersama penerima Cek Bantuan Dana Sekolah-sekolah. mubaligh Bagi Tahun 2022 - Roman Catholic Archdiocese Of Kuching bertempat di Wisma Bapa Malaysia. FotoHERRIEY NAHA

KUCHING: Cek bantuan dengan jumlah keseluruhan RM3.7 juta telah diserahkan oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada 32 Sekolah Mubaligh (Roman Katolik) Zon Selatan Sarawak bagi 2022.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penguang Manggil berkata, bantuan ini adalah usaha kerajaan Sarawak untuk membantu sekolah mubaligh di seluruh Sarawak.

“Daripada jumlah keseluruhan ini, bantuan tersebut melibatkan 21 sekolah di Bahagian Kuching dan 11 sekolah di Bahagian Serian.

“Secara tidak langsung ini akan memberi manfaat kepada 8,734 orang pelajar di sekolah terbabit.

“Malah ia boleh digunakan untuk menaik taraf serta membaik pulih bangunan sekolah, penyediaan kemudahan dan melaksanakan pelbagai aktiviti.

“Sarawak adalah satu-satunya negeri yang mempunyai persatuan untuk agama lain dan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Sarawak sangat mengambil berat tentang rakyat mereka.

“Dan pada masa yang sama menyampaikan apa yang telah dijanjikan terutamanya kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Sesi Penyampaian Cek Bantuan Dana-Dana Sekolah Mubaligh Bagi Tahun 2022-Keuskupan Agung Roman Katolik Kuching di Wisma Bapa Malaysia, hari ini (15 Februari 2023).

Tambah Penguang, peruntukan pada tahun ini meningkat kepada RM20 juta berbanding RM15 juta pada tahun lalu.

Ini katanya, UNIFOR sentiasa membantu mempromosikan, membantu serta menaik taraf beberapa kemudahan sekolah mubaligh terutamanya di kawasan luar bandar.

Oleh NICKELYSON LAKUN

Continue Reading

Previous: Taksub untung, juruteknik tanggung kerugian RM226,948
Next: Kompleks UNIFOR dijangka siap tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.