
BETONG: Sebanyak 32 kelab, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Parlimen Betong telah menerima sumbangan menerusi peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dalam majlis yang berlangsung di Pusat Khidmat Betong, hari ini.
Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata, pemberian sumbangan itu adalah sebahagian daripada usaha menyokong pelaksanaan program dan aktiviti yang memberi impak langsung kepada komuniti setempat.
“Sumbangan ini diharap dapat memperkasa aspek sosial, kebajikan serta pembangunan masyarakat setempat.
“Kita mahu ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima demi kebaikan bersama,” katanya semasa menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

Majlis penyerahan sumbangan itu menyaksikan pelbagai entiti tempatan menerima dana untuk melaksanakan projek dan program yang menyasarkan kesejahteraan masyarakat di kawasan Parlimen Betong.
Dr Richard turut menzahirkan komitmennya untuk terus menyokong inisiatif-inisiatif yang mampu meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar selaras dengan agenda pembangunan kerajaan negeri dan Persekutuan.
Turut hadir ialah Pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Tony Malang dan Pegawai dari Pusat Khidmat Layar, Kaunselor Horace Entoi.
Oleh Adi Safarman