Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 32 pasukan berentap
  • SUKAN

32 pasukan berentap

Utusan Sarawak 4 years ago
CABARAN Raja Libas Simanggang 2020

SEBANYAK 32 buah pasukan telah mengesahkan penyertaan ke Kejohanan Sepak Takraw Cabaran Raja Libas Simanggang 2020 yang akan diadakan pada 18 hingga 20 Disember ini.

Cabaran Raja Libas Simanggang 2020 yang dianjurkan oleh Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sri Aman (PESTASA) dengan kerjasama Kelab Sepak Takraw Simanggang (KERAS) dan Kementerian Belia dan Sukan Sarawak Bahagian Sri Aman tersebut bakal menyaksikan gelanggang Sepak Takraw Kompleks Sukan Sri Aman (Indoor) sebagai medan utama persaingan itu kelak.

Setiausaha Kehormat PESTASA, Awang Mazelan Awang Majid berkata, penyertaan adalah tertutup kepada kelab-kelab, pasukan serta peminat sukan sepak takraw di bandar Simanggang.

“Sejumlah 32 buah pasukan telahpun mengesahkan penyertaan ke Kejohanan Sepak Takraw Cabaran Raja Libas Simanggang 2020 ini.
“Kejohanan yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang begitu luar biasa daripada pasukan-pasukan yang bakal berentap, sekaligus kejohanan ini mencari bakat-bakat baharu dalam sukan sepak takraw ini,” katanya.

Awang Mazelan berkata, kejohanan kali ini yang akan bakal mendapat sambutan hangat dengan menawarkan hadiah lumayan dengan sang juara membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala serta medal, naib juara RM700, piala serta medal dan ketiga bersama pula mendapat RM300 serta medal.

Tambahnya, adalah menjadi harapan dan sandaran penganjuran pada kali ini mendapat sambutan dan sokongan dan orang peminat sukan ini adalah dijemput untuk hadir bagi menyaksikan perlawanan yang bakal berlangsung di gelanggang Sepak Takraw Kompleks Sukan Sri Aman (Indoor) 18 hingga 20 Disember ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa sesi cabutan undi pasukan-pasukan yang bertanding akan diadakan pada 11 Disember (Jumaat) di bilik mesyuarat KPS Sri Aman, jam 3.00 petang.

Untuk pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi urusetia iaitu Rozlan Bolhassan di talian (016-8582006) atau Zaidil Ripin (013-5673629).

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Juara milik Rimbas United
Next: 13 kampung meriahkan KASUS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.