Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 32 lelaki ditahan, dadah bernilai RM3,670 dirampas Op Tapis Narkotik di Sibu
  • JENAYAH

32 lelaki ditahan, dadah bernilai RM3,670 dirampas Op Tapis Narkotik di Sibu

Utusan Sarawak 11 hours ago
POLIS menahan 32 orang lelaki dalam operasi khas membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi Op Tapis Narkotik yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu baru-baru ini. Foto IPD Sibu

SIBU: Seramai 32 lelaki ditahan dalam operasi khas membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi Op Tapis Narkotik yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu sepanjang tiga hari bermula Selasa lalu hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, operasi proaktif itu membawa kepada pembukaan 37 kes, merangkumi tangkapan empat individu di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, seorang di bawah Seksyen 12(3) dan 27 penagih dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Menurutnya, kesemua suspek adalah lelaki, dengan seorang daripada mereka masih direman untuk membantu siasatan.

POLIS menahan 32 orang lelaki dalam operasi khas membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi Op Tapis Narkotik yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu baru-baru ini. Foto IPD Sibu

“Sepanjang operasi, polis turut merampas 35.07 gram dadah disyaki syabu bernilai RM3,550 serta 84 biji pil nospan bernilai RM120,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat ini 31 suspek sudah didakwa di mahkamah, merangkumi tiga individu di bawah Seksyen 39A(1), seorang di bawah Seksyen 12(3) dan 27 penagih dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Zulkipli turut menjelaskan hukuman bagi kesalahan berkenaan, termasuk penjara dua hingga lima tahun serta tiga hingga sembilan sebatan bagi Seksyen 39A(1), manakala Seksyen 12(3) memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi Seksyen 15(1)(a) pula, jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda maksimum RM5,000, penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya serta diletakkan di bawah pengawasan selama dua tahun.

Beliau menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, komited mempertingkatkan tindakan membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah digesa menyalurkannya melalui talian JSJN 012-2087222 (Bukit Aman) atau 017-59292211 (JSJN Sarawak),” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan miliki dadah Op Tapis Khas di Lubok Antu
Next: Lelaki tempatan disyaki pengedar dadah ditahan di Sungai Benang, syabu dirampas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.