Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 32 keluarga terjejas banjir terima bantuan Persatuan Long Bedian
  • Utara
  • WILAYAH

32 keluarga terjejas banjir terima bantuan Persatuan Long Bedian

Utusan Sarawak 6 days ago
SIMBOLIK… Ketua Biro Perhubungan Awam JKKK Long Bedian, Jok Eng Jok menyerahkan sumbangan kepada Aren Ngau, wakil kepada 32 keluarga yang terjejas banjir.

MARUDI: Seramai 32 keluarga yang terjejas akibat banjir menerima bantuan segera berupa barangan makanan dan sumbangan wang tunai daripada Persatuan Sosial dan Kebajikan Masyarakat Long Bedian Miri yang diketuai oleh Ding Laing Jok, serta Persatuan Wanita Long Bedian Miri (BELAYEN) yang diketuai Caroline Using.

Keluarga-keluarga terbabit merupakan penduduk asal Long Bedian yang kini menetap di kawasan Padang Kerbau dan Pujut Sungai Adong, Miri.

Ketua Biro Perhubungan Awam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Long Bedian, Jok Eng Jok berkata, ini merupakan kali pertama persatuan dari kawasan luar bandar mengambil inisiatif sebegini untuk membantu komuniti Long Bedian yang kini tinggal di bandar.

Menurutnya, pihak persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Kampung Long Bedian, KK Leslie Lah atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan sepanjang misi bantuan ini dijalankan.

“Kedua-dua persatuan telah menyatakan komitmen untuk menambah baik mekanisme bantuan pada masa akan datang dengan harapan dapat menjangkau lebih ramai ahli komuniti yang memerlukan, tanpa mengira lokasi,” jelasnya.

Jok menegaskan, inisiatif ini mencerminkan semangat “Peji, Peju, Pejoh” (Bersatu, Membangun dan Maju) yang terus menjadi pegangan dan nadi kehidupan masyarakat Long Bedian dalam menghadapi cabaran serta membina harapan untuk masa depan.

Tambahnya lagi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau turut melahirkan rasa bangga dan terharu serta menyokong penuh usaha murni ini.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lawatan pra-Gawai perkukuh hubungan kerajaan, rakyat luar bandar
Next: SPM 2024: Lonjakan 15 peratus pelajar cemerlang, 269 terima insentif RM97,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.