Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 32 JKKK terima peruntukan MRP daripada Datuk Dr Penguang
  • Utara
  • WILAYAH

32 JKKK terima peruntukan MRP daripada Datuk Dr Penguang

Utusan Sarawak 12 hours ago
SELAMAT DATANG… Datuk Dr Penguang Manggil bersama isteri, Datin Monica Ukong Jaya, disambut mesra oleh penduduk Rumah Justin, Bakong.

MARUDI: Sebanyak 32 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta beberapa pertubuhan lain di sini menerima Peruntukan Khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil, baru-baru ini.

Majlis penyerahan cek MRP tersebut diadakan semasa beliau menyempurnakan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat (Segulai Sejalai) di Rumah Justin, Sungai Engulang, Bakong.

Antara penerima bantuan ialah Persatuan Tuai Rumah Beluru Marudi, JKKK Rh Duri Atek, JKKK Rh Joseph Senin, JKKK Rh Kalum, Kampung Pudan, JKKK Rh Sender, Sungai Ampun, JKKK Rh Unsam, Sungai Nat, JKKK Rh Nelson Nulai, Kampung Serawong Tengah, JKKK Rh Nawek, Sungai Tuyut, JKKK Rh Anthony Kedit, JKKK Rh Jinggau, Bukit Limau B, JKKK Rh Nyala, Bukit Limau D, JKKK Rh Emah, Sungai Liam Bawah, JKKK Rh Christopher, Sungai Mallang Tengah, JKKK Rh Jeff Anchum, Bukit Limau A, JKKK Rh Sulutan Anai, Sungai Sepuiti, JKKK Kampung Long Jegan Atas Bukit (KK Dennis Tija), JKKK Rh Andrios, Long Takong, dan JKKK Rh Diana Fideli.

Turut menerima peruntukan ialah JKKK Rh Engga Bajeng, Sungai Peking, JKKK Rh Galau Upau, Sungai Tuyut, JKKK Rh Gansa Pagon, JKKK Rh Janggu, Sungai Seputi, JKKK Rh Joseph Adat, Long Ajoi, JKKK Rh Ketina, Sungai Sebukut Baru, JKKK Rh Sandom (Nora), Sungai Buri, JKKK Rh Wen Magelit, Lpok, JKKK Rh Langaat Anthony Collins, Nanga Majang, JKKK Kampung 1Malaysia, dan JKKK Sungai Entulang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan menjayakan majlis berkenaan.

“Program seperti ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat, malah menjadi wadah untuk kita bersama membangunkan komuniti luar bandar sejajar dengan semangat Segulai Sejalai,” katanya.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anggota APM tangkap biawak dua kaki di Kampung Hilir Simanggang
Next: Polis Lubok Antu laksana pemantauan di sekolah pastikan keselamatan pelajar terjamin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.