Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 32 guru cemerlang sertai program pendidikan antarabangsa di UK menerusi GIFT
  • SEMASA

32 guru cemerlang sertai program pendidikan antarabangsa di UK menerusi GIFT

Utusan Sarawak 19 hours ago
FADHLINA (dua, kiri), Dr Ahmad Zahid (tiga, kiri) dan Roland Sagah (kanan) menyerahkan pingat emas dan ‘Mock Cheque’ kepada Dr Mistirine Radin, penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2025. Foto UKAS

PETRA JAYA: Seramai 32 orang guru cemerlang dari seluruh negara diberi peluang mengikuti program pendidikan antarabangsa di United Kingdom menerusi inisiatif Global Immersion For Future-Ready Teachers (GIFT) yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata program tersebut merupakan antara usaha utama KPM dalam memperkasa profesion perguruan melalui pendedahan kepada amalan terbaik pendidikan global.

“Guru-guru terpilih ini terdiri daripada penerima Anugerah IKON, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Khas Pendidikan dan Anugerah Guru Berwibawa.

“Mereka akan dihantar ke sekolah di United Kingdom secara percuma bagi menimba ilmu dan inspirasi yang boleh diterapkan dalam sistem pendidikan negara,” jelasnya.

Beliau berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Selain GIFT, Fadhlina turut mengumumkan satu lagi inisiatif baharu iaitu peluang kepada guru dan pegawai terpilih untuk mengikuti kursus jangka pendek di luar negara dalam bidang strategik dan berimpak tinggi.

Menurut beliau, pendekatan ini dirangka untuk memperkukuh kemahiran profesional tenaga pengajar, sejajar dengan keperluan pendidikan abad ke-21.

“Program-program seperti ini memberi ruang kepada guru untuk memperluas perspektif, membina rangkaian antarabangsa dan kembali dengan idea-idea segar yang mampu memberi impak positif kepada murid dan sekolah masing-masing,” tambahnya.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian dua anugerah tertinggi dalam dunia pendidikan tanah air, iaitu Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2025 yang dianugerahkan kepada Datuk Dr Mistirine Radin, dan Anugerah Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan 2025 yang diterima oleh Sukimin Juki.

Majlis berprestij itu telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sultan Pahang berkenan ziarah pusara Tun Abdullah di Makam Pahlawan
Next: Malaysia manfaatkan kepengerusian ASEAN perkukuh hubungan dengan GCC, China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.