

SERAMAI 32 anggota APM Daerah Saratok telah menyertai latihan menyelamat di air yang berlangsung di Lubok Nitik, di sini baru-baru ini. Foto: APM Saratok
SARATOK: Seramai 32 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok telah menyertai latihan menyelamat di air yang berlangsung di Lubok Nitik, di sini baru-baru ini.
Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata latihan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan meningkatkan kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan melibatkan air.


SERAMAI 32 anggota APM Daerah Saratok telah menyertai latihan menyelamat di air yang berlangsung di Lubok Nitik, di sini baru-baru ini. Foto: APM Saratok
Menurutnya, latihan itu memberi penekanan terhadap dua silibus utama iaitu teknik asas renang dan latihan menyelamat di air, yang menjadi kemahiran penting bagi anggota dalam melaksanakan tugas mereka.
“Anggota turut didedahkan dengan teknik asas renang untuk memperkukuh keyakinan diri dan stamina sebelum mengaplikasikan teknik menyelamat di sungai, laut serta kawasan berisiko tinggi yang lain,” katanya.
Athirah menegaskan latihan berbentuk praktikal ini amat penting kerana operasi menyelamat sering melibatkan situasi berbahaya, justeru anggota perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mantap.


SERAMAI 32 anggota APM Daerah Saratok telah menyertai latihan menyelamat di air yang berlangsung di Lubok Nitik, di sini baru-baru ini. Foto: APM Saratok
“Selain meningkatkan kemahiran individu, latihan ini juga dilihat mampu memperkukuh kerjasama berpasukan serta kecekapan dalam melaksanakan operasi sebenar di lapangan,” katanya.
APM Saratok, katanya, sentiasa komited melaksanakan program pembangunan kapasiti secara berterusan bagi memastikan setiap anggota sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam apa jua situasi kecemasan.


SERAMAI 32 anggota APM Daerah Saratok telah menyertai latihan menyelamat di air yang berlangsung di Lubok Nitik, di sini baru-baru ini. Foto: APM Saratok
“Keselamatan serta kesejahteraan masyarakat adalah keutamaan kami, dan dengan adanya latihan seperti ini, APM dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efektif dan meyakinkan,” jelasnya.
Oleh Adi Safarman