Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 310 aktiviti setahun bukti keaktifan Saberkas di seluruh Sarawak
  • TEMPATAN

310 aktiviti setahun bukti keaktifan Saberkas di seluruh Sarawak

Utusan Sarawak 23 hours ago
MANFAATKAN SEBAIKNYA…Karim menyampaikan cek cura kepada Saberkas Cawangan Daro pada Majlis High Tea Bersama Saberkas Cawangan Zon Tengah di salah sebuah hotel terkemuka, di Sibu petang tadi. Turut disaksikan oleh Dr Safiee, Tiang, Royston serta yang lain.

SIBU: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) memainkan peranan sebagai pemangkin perpaduan dan pembangunan belia pelbagai kaum di Sarawak, selaras dengan pendekatan turun padang dan keterlibatan berterusan di peringkat akar umbi.

Presidennya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pertubuhan itu kekal komited mendekati ahli-ahli di peringkat cawangan selepas setiap mesyuarat utama, bagi memastikan suara belia terus didengari dan program yang dilaksanakan kekal relevan dengan keperluan setempat.

“Dalam setahun, Saberkas telah menganjurkan 310 aktiviti di seluruh Sarawak, hampir setiap hujung minggu ada program dijalankan. Ini mencerminkan betapa aktifnya Saberkas di peringkat zon dan cawangan.

“Aktiviti yang dilaksanakan merangkumi bantuan bencana, program kebajikan, pembangunan belia dan wanita serta inisiatif penyatuan masyarakat berbilang kaum, sejajar dengan realiti Sarawak yang mempunyai 34 suku kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis High Tea Bersama Saberkas Cawangan Zon Tengah di salah sebuah hotel terkemuka, di sini petang tadi.

Menteri Beliau, Sukan dan Pembangunan Usahawan itu berkata, Saberkas turut mendapat pengiktirafan pelbagai pihak termasuk badan belia di peringkat persekutuan, hasil keupayaan organisasi itu mengurus program, kewangan dan kebajikan ahli secara berkesan.

“Saberkas bukan sekadar sebuah pertubuhan belia biasa. Keanggotaan kita merangkumi pelbagai kaum dan latar belakang. Fokus kita adalah menyatukan rakyat dan membina kepimpinan belia dengan ‘Sarawakian outlook’ yang memikirkan kepentingan semua komuniti,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kedudukan kewangan Saberkas adalah stabil dan terus menunjukkan peningkatan setiap tahun, hasil pelaburan dan pengurusan dalaman yang berhemah, sekali gus membolehkan dana disalurkan secara konsisten kepada cawangan bagi melaksanakan aktiviti.

“Dengan kemungkinan penambahan cawangan baharu susulan perubahan persempadanan kawasan, kepimpinan Saberkas perlu terus memperkukuh tadbir urus dan memastikan kebajikan organisasi terpelihara,” ujarnya.

Karim turut menyatakan hasrat untuk melihat Saberkas memiliki kemudahan sendiri termasuk bangunan dan pasukan pancaragam pada masa hadapan, sebagai simbol kekuatan dan identiti pertubuhan belia berkenaan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua pimpinan dan ahli Saberkas di peringkat zon dan cawangan atas komitmen berterusan mereka.

“Saya menggesa agar usaha menyemarakkan perpaduan dan pembangunan belia diteruskan demi masa depan Sarawak,” ujarnya lagi.

Pada majlis tersebut, turut disampaikan cek cura berjumlah RM491,000 kepada 24 Saberkas Cawangan Zon Tengah.

Turut hadir, Setiausaha Agong Saberkas, Dr Safiee Ahmad, Naib Presiden Saberkas, Datuk Michael Tiang Ming Tee, Setiausaha Penganjur, Royston Valentine serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Jambatan Batang Rambungan dijangka siap awal, digunakan sebelum hujung tahun
Next: Banjir kilat surut, keadaan terkawal di Kampung Bumbok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.