Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 31 peserta Tadika Kemas Pakan lawat Balai Bomba Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

31 peserta Tadika Kemas Pakan lawat Balai Bomba Bintangor

Utusan Sarawak 2 hours ago
UNTUK ALBUM… Bomba cilik bergambar bersama PBK I Haron Jenai (kiri) dan anggota bomba dari pasukan Bravo BBP Bintangor. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seramai 31 peserta terdiri daripada kanak-kanak Tadika Kemas Pakan, ibu bapa dan guru pengiring mengadakan lawatan sambil belajar di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor pada pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program yang bermula sekitar 8.30 pagi tersebut disertai oleh 16 kanak-kanak, 13 ibubapa dan dua guru pengiring.

BERSEMANGAT…Peserta berlatih latihan ‘berhenti, rebah dan guling’. Foto BBP Bintangor

“Pasukan Bravo BBP Bintangor yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Haron Jenai telah melaksanakan pelbagai pengisian sepanjang lawatan.

“Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai aspek keselamatan kebakaran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

CELIK SURI….Salah seorang peserta belajar mengendalikan kebakaran dapur. Foto BBP Bintangor

Tambahnya, aktiviti tersebut merangkumi ceramah kesedaran keselamatan kebakaran, pengenalan dan fungsi alat pemadam api serta demonstrasi ‘berhenti, rebah dan guling’.

“Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan demonstrasi tatacara mengendalikan kebakaran dapur melalui modul Celik Suri serta demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api dan kekili hos.

KEKILI HOS… Bomba cilik belajar mengendalikan kekili hos dengan bimbingan anggota bomba.

“Lawatan ini turut diserikan dengan pameran pelbagai peralatan kebombaan dan membawa kanak-kanak menaiki jentera bomba bagi memberi pengalaman lebih dekat dengan tugas bomba.

“Alhamdulillah, keseluruhan aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas, buruh miliki dadah ditahan
Next: MPS ingatkan penganjur acara bersihkan sisa mercun dan bunga api dalam 24 jam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.