Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • 31 penghuni hilang tempah berteduh, dua rumah terbakar
  • KEMALANGAN

31 penghuni hilang tempah berteduh, dua rumah terbakar

Utusan Sarawak 9 months ago
PASUKAN bomba menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran dua rumah di Lorong Sentosa 6 Timur, Kampung Usahajaya, petang semalam.

SIBU: Dua rumah musnah dalam kebakaran di Lorong Sentosa 6 Timur, Kampung Usahajaya, petang semalam.

Rumah pertama dihuni seramai 19 orang, sementara itu rumah kedua dihuni 12 orang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.03 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan BBP Sungai Merah (bantuan) dihantar ke lokasi kejadian.

“Selepas membuat ‘saiz up’ mendapati kebakaran melibatkan dua rumah tidak kekal yang sedang marak terbakar,” katanya.

Tindakan size-up yakni satu proses awal untuk mengenal pasti risiko dan bahaya kebakaran juga merupakan sebahagian dari langkah pendedahan iaitu mengenalpasti risiko bahaya dan mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan tempat insiden seperti mangsa, sistem kebombaan, pelan bangunan, bahan yang terbakar, bekalan elektrik, laluan dan sebagainya.

“Komander operasi mengarahkan anggota bomba menjalankan pemadaman kebakaran,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, pasukan bomba mengalami masalah tekanan air di lokasi kejadian.

“Tekanan air rendah menyebabkan pasukan keluaran memadam api sehingga berjaya dipadamkan. 

“Selepas api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya, pasukan bomba bertolak balik ke balai. Operasi memadam kebakaran tamat pada 8.00 malam,” ujarnya.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Warga emas cedera parah kemalangan di P-Turn, Jalan Tatau-Bintulu
Next: Lori kargo bermuatan perabot 60 peratus terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.