Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 31 Ahli Majlis Daerah Gedong angkat sumpah bagi Penggal 2025–2028
  • TEMPATAN

31 Ahli Majlis Daerah Gedong angkat sumpah bagi Penggal 2025–2028

Utusan Sarawak 12 hours ago

KUCHING: Seramai 31 individu telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Daerah Gedong bagi penggal baharu yang bermula pada 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028.

Kesemua mereka merupakan ahli majlis sedia ada yang dikekalkan untuk penggal baharu, sekali gus mencerminkan keyakinan terhadap kredibiliti dan prestasi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sebelum ini.

Majlis angkat sumpah tersebut disaksikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong.

Majlis berlangsung di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Acara dimulakan dengan lafaz sumpah oleh Pengerusi Majlis Daerah Gedong, Tamida Da’adi, diikuti oleh Timbalan Pengerusi, Japar Mustapha, dan seterusnya oleh 29 Ahli Majlis yang lain.

Dalam majlis sama, turut diadakan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah oleh semua Ahli Majlis sebagai tanda komitmen terhadap integriti dan tadbir urus yang telus demi kepentingan rakyat serta pembangunan daerah.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan) Datuk Michael Tiang Ming Tee, dan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kerajaan Tempatan) Datuk Dr Penguang Manggil.

Turut bersama, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) merangkap Wakil Khas ADUN Gedong Dato Sri Naroden Majais, ADUN Simunjan Awla Dris, dan Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak ziarahi kediaman mendiang Dominic Andrew Dago Randan, tokoh penting penyatuan masyarakat Bidayuh
Next: Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran 4.26 – 4.29 berbanding dolar AS minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.