Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 31 Ahli Majlis Daerah Gedong angkat sumpah
  • TEMPATAN

31 Ahli Majlis Daerah Gedong angkat sumpah

Utusan Sarawak 16 hours ago
RAKAM KENANGAN... Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama tetamu kehormat dan Ahli Majlis pada majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Gedong, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Seramai 31 individu telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Daerah Gedong bagi penggal baharu bermula 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028.

Individu yang dilantik merupakan ahli majlis sedia ada yang dikekalkan untuk tempoh pelantikan baharu dimana ia mampu mencerminkan keyakinan terhadap kredibiliti dan prestasi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sebelum ini.

Majlis angkat sumpah ini telah disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong di sebuah hotel di sini, hari ini.

Acara dimulakan dengan lafaz sumpah oleh Pengerusi Majlis Daerah Gedong, Tamida Da’adi, diikuti oleh Timbalan Pengerusi, Japar Mustapha dan disusuli oleh 29 Ahli-Ahli Majlis lain.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah Lafaz Ikrar Bebas Rasuah oleh semua Ahli Majlis Daerah Gedong sebagai komitmen terhadap integriti dan tadbir urus yang telus dalam menjalankan tugas mereka demi kepentingan rakyat dan pembangunan daerah.

Turut hadir, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan) Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kerajaan Tempatan) Datuk Dr. Penguang Manggil, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri & Pelaburan (MINTRED) yang juga Wakil Khas ADUN Gedong Dato Sri Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: LPKP Sarawak to take action against unlicensed e-hailing operators
Next: Abang Johari beri penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Amar Dominic

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.