Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 300,000 kanak-kanak dan remaja merokok di negara ini
  • SEMASA

300,000 kanak-kanak dan remaja merokok di negara ini

Utusan Sarawak 6 months ago

Sulaiman melihat pameran Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024 Peringkat Daerah Limbang, Klinik Berhenti Merokok Hospital Limbang di Dewan Kampung Bunga Raya.

LIMBANG: Dianggarkan seramai 300,000 kanak-kanak dan remaja berumur 10 hingga 19 tahun menggunakan tembakau dan e-rokok di negara ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata peningkatan populariti rokok elektronik dan kantung nikotin dalam kalangan golongan muda sangat membimbangkan.

Menurutnya, tiga penyebab utama yang dikemukakan untuk penggunaan rokok elektronik adalah perisa, persepsi dan risiko yang lebih rendah berbanding merokok dan lebih keseronokan.

“Merokok mendatangkan bahan yang serius kepada golongan kanak-kanak dan juga dewasa. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok lebih berisiko untuk menghadapi masalah kesihatan dan seterusnya mengganggu perkembangan, tumbesaran dan pendidikan mereka.

“Pelbagai usaha telah dijalankan semua peringkat termasuk institusi pendidikan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada golongan muda mengenai kesan negatif penggunaan tembakau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal di Simposium Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024 Peringkat Daerah Limbang, Klinik Berhenti Merokok Hospital Limbang di Dewan Kampung Bunga Raya hari ini.

Hadir sama ialah Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang, Dr Nurliza Jusoh dan Pengarah Hospital Limbang, Dr Nur Ain Yahya.

Hasbi berkata, bagi tema tahun ini iaitu Lindungi Kanak-kanak daripada Pengaruh Industri Tembakau adalah dengan meningkatkan langkah kawalan tembakau, selain memberi pendedahan awal dapat diberikan kepada anak-anak mengenai bahaya rokok.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa remaja dan kanak-kanak mudah terdedah dengan lambakan dan tarikan pelbagai jenis produk merokok.

“Langkah pencegahan perlu dimulakan dengan generasi muda kerana ia lebih efektif daripada merawat mereka untuk berhenti merokok dan penyakit akibat komplikasi tabiat berkenaan,” jelasnya.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: DUN: Dua pelan jangka panjang untuk bekalan elektrik, air
Next: Presiden Peru akan berkunjung ke Malaysia pada akhir tahun ini – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.