Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 3,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka Gawai ADUN Simanggang
  • Selatan
  • WILAYAH

3,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka Gawai ADUN Simanggang

Utusan Sarawak 4 hours ago
MAJLIS Rumah Terbuka Gawai Dayak Datuk Francis Harden Hollis yang berlangsung di kediamannya di Jalan Tini, Munggu Sabun, semalam. Turut hadir ialah Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Dato Sri Lee Kim Shin. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Kira-kira 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum membanjiri Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis yang berlangsung di kediamannya di Jalan Tini, Munggu Sabun, di sini, semalam.

Majlis yang bermula seawal 9.00 pagi itu menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat pelbagai latar belakang sempena sambutan Hari Gawai, selain memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak.

Pada majlis tersebut, Harden turut menyampaikan cek peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada 20 kelab dan persatuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang melibatkan jumlah keseluruhan RM143,000.

Peruntukan itu bertujuan membantu membiayai pelbagai aktiviti dan program komuniti yang telah dirancang oleh kelab serta persatuan berkenaan bagi manfaat penduduk setempat.

Ketika berucap ringkas, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang melahirkan rasa teruja dan penghargaan atas sambutan luar biasa yang diberikan oleh masyarakat.

Beliau berkata kehadiran pengunjung daripada pelbagai kaum, termasuk warga emas, golongan muda, kanak-kanak serta penduduk rumah panjang, mencerminkan semangat muafakat dan keharmonian yang terus subur di kawasan itu.

Menurutnya, sambutan seperti itu bukan sahaja meraikan perayaan budaya masyarakat Dayak, malah menjadi wadah memperkukuhkan hubungan antara rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

MAJLIS Rumah Terbuka Gawai Dayak Datuk Francis Harden Hollis yang berlangsung di kediamannya di Jalan Tini, Munggu Sabun, semalam. Turut hadir ialah Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Dato Sri Lee Kim Shin. Foto ADUN Simanggang

Kemuncak majlis menyaksikan kehadiran Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama isteri, Datin Enn Ong Seok Yean, serta Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin.

Turut mengiringi rombongan tetamu kehormat ialah ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kho Teck Wan, serta veteran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Tan Chong Meng.

Kehadiran pemimpin kerajaan negeri itu menambahkan lagi kemeriahan sambutan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Dalam ucapannya, Dr Sim turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua pengunjung yang hadir.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Harden dan keluarga kerana terus membuka ruang kepada rakyat untuk bersama-sama meraikan perayaan tersebut dalam suasana kekeluargaan.

Menurut beliau, pendekatan rumah terbuka yang menghimpunkan rakyat pelbagai kaum merupakan landasan terbaik dalam memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Katanya, semangat kebersamaan yang ditunjukkan rakyat selaras dengan aspirasi Sarawak untuk membina masyarakat maju, inklusif dan makmur menerusi pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: ‘Ngiling Tikai’ Rumah Limbi Jambar perkukuh perpaduan, tutup tirai sambutan Gawai Dayak
Next: Persatuan wanita perkasa pembangunan komuniti luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.