Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 300 penduduk terima sumbangan bakul makanan sempena Program Sejambak Kasih di Sri Aman
  • WILAYAH

300 penduduk terima sumbangan bakul makanan sempena Program Sejambak Kasih di Sri Aman

Utusan Sarawak 7 hours ago
SUMBANGAN… Seramai 300 penduduk telah menerima sumbangan bakul makanan pada Majlis Sejambak Kasih yang dianjurkan oleh Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman, hari ini. Foto PMACCK

SIMANGGANG: Seramai 300 penduduk kurang berkemampuan telah menerima sumbangan bakul makanan menerusi Majlis Sejambak Kasih yang dianjurkan oleh Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman, hari ini.

Setiausaha Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor, Tay Cho Seng berkata, program tersebut merupakan antara inisiatif tahunan pertubuhan dalam usaha membantu golongan memerlukan, khususnya menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, penganjuran program itu bertujuan meringankan beban penerima yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah, warga emas dan individu kurang bernasib baik agar mereka turut dapat merasai kemeriahan perayaan.

“Dengan bantuan seperti ini, sekurang-kurangnya mereka yang kurang bernasib baik tidak dilupakan, kerana setiap perayaan yang menggembirakan harus mengingati golongan yang memerlukan,” katanya.

SUMBANGAN… Seramai 300 penduduk telah menerima sumbangan bakul makanan pada Majlis Sejambak Kasih yang dianjurkan oleh Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman, hari ini. Foto PMACCK
 

Beliau berkata, Majlis Sejambak Kasih juga memperlihatkan komitmen pertubuhan dalam menyemai nilai keprihatinan dan semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di daerah itu.

Tambah Tay, penganjuran program berkenaan adalah selaras dengan prinsip serta piagam pertubuhan yang menekankan nilai-nilai murni, kebajikan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

Sehubungan itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program berkenaan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Tidak dilupakan, beliau turut merakamkan penghargaan kepada wakil rakyat tempatan yang sentiasa memberikan sokongan berterusan serta meluluskan peruntukan dana setiap tahun bagi memastikan kelangsungan program kebajikan tersebut.

SUMBANGAN… Seramai 300 penduduk telah menerima sumbangan bakul makanan pada Majlis Sejambak Kasih yang dianjurkan oleh Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman, hari ini. Foto PMACCK

Dalam pada itu, Tay turut menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sri Aman atas kerjasama erat dan sokongan berterusan yang diberikan kepada pertubuhan sepanjang penganjuran program berkenaan.

Beliau berkata, pihak pertubuhan komited memastikan setiap bantuan disalurkan secara adil dan berkesan kepada golongan sasaran yang benar-benar memerlukan.

“Oleh itu, senarai penerima bantuan akan diteliti dan dinilai semula dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan golongan sasar terus terpelihara,” katanya.

Tay mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambut perayaan tersebut dan berharap ia membawa kebahagiaan, kesejahteraan serta kemakmuran kepada seluruh masyarakat.

Majlis itu turut dihadiri wakil Pegawai Kebajikan dan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Roselind Usin; Pengerusi Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor, Temenggong Kueh Aik Seng; Ketua Biro Wanita pertubuhan, Alice Wee; Ketua Biro Pemuda, Ngu Sze Lee; serta Kapitan Kiew See Ted dan Kapitan Lai Joon Phin.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat organisasi kebajikan terima sumbangan Persatuan Ketua Kaum MasyarakatCina Sibu
Next: Wanita PBB Bukit Saban perkasa usahawan wanita luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.