Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 300 murid SJKC Kiang Hin bersatu sempena Hari Sukan Sekolah
  • SUKAN

300 murid SJKC Kiang Hin bersatu sempena Hari Sukan Sekolah

Utusan Sarawak 3 days ago
KAPITAN So Teck Kee (tiga kanan) menyampaikan piala kepada pasukan Rumah Merah yang muncul johan.

SIBU: Semangat kesukanan dan perpaduan jelas terpancar apabila seramai 300 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kiang Hin mengambil bahagian dalam Hari Sukan Sekolah yang diadakan di Stadium Tun Zaidi di sini, semalam.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Kiang Hin, Kapitan So Teck Kee, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan penganjuran acara tahunan tersebut.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga terhadap semangat juang tinggi yang ditunjukkan para pelajar sepanjang pertandingan berlangsung, sama ada dalam acara trek mahupun padang.

“Ketabahan dan semangat juang para atlet adalah kebanggaan Sekolah Kiang Hin,” katanya sambil menggesa para murid menjadikan pengalaman di padang sebagai pelajaran berharga tentang ketabahan, kerjasama dan semangat berpasukan.

So turut menegaskan bahawa kejayaan penganjuran Hari Sukan bukan sekadar mengukur kekuatan fizikal, tetapi turut membentuk nilai keberanian, semangat tidak mudah berputus asa serta rasa hormat terhadap rakan sepasukan dan lawan.

Beliau turut menzahirakn penghargaan kepada semua guru, jawatankuasa penganjur serta ibu bapa atas sokongan padu yang diberikan, yang disifatkannya sebagai dorongan utama kepada pelajar untuk terus berusaha gigih.

Katanya lagi, penganjuran bersama antara sekolah rendah dan menengah tahun ini memberi makna tersendiri kerana berjaya mengeratkan hubungan antara dua kampus, sekali gus memupuk perpaduan dan persahabatan dalam kalangan pelajar pelbagai peringkat usia.

“Pingat dan piala mungkin akan pudar bersama masa, tetapi peluh dan usaha gigih yang dicurahkan di padang akan kekal menjadi harta paling berharga dalam perjalanan pembelajaran dan kehidupan anak-anak kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rumah Merah dinobatkan sebagai johan keseluruhan, diikuti Rumah Kuning selaku naib johan, manakala Rumah Hijau dan Rumah Biru masing-masing di tempat ketiga dan keempat. Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Slot bergelut selesaikan masalah Liverpool selepas kekalahan ketiga berturut-turut
Next: RM8,000 menanti juara Pertandingan Cipta Logo, Maskot Sukan SEA 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.