Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 300 kilometer paip lama di Bahagian Sarikei akan diganti baharu  
  • SEMASA

300 kilometer paip lama di Bahagian Sarikei akan diganti baharu  

Utusan Sarawak 2 months ago
MASKOT rasmi “Si Air” bergambar bersama barisan tetamu kehormat sempena majlis sambutan Hari Air Sedunia 2025 peringkat Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, semalam. FotoUKAS 

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menggantikan lebih 300 kilometer (km) rangkaian paip lama di Bahagian Sarikei bagi meningkatkan sistem bekalan air luar bandar serta mengurangkan kadar air tidak terawat (NRW) yang tinggi.

Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, berkata inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Program Penggantian Paip yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri dengan peruntukan RM1.1 bilion.

“Sebilangan besar paip di Sarikei telah berusia lebih 50 tahun dan terdiri daripada jenis asbestos cement (AC) yang sudah uzur serta mudah pecah.

“Keadaan ini menyumbang kepada kadar NRW yang tinggi di luar bandar,” katanya.

Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah berkata demikian pada sidang media sempena majlis sambutan Hari Air Sedunia 2025 JBALB Sarawak, semalam.

Menurutnya, lebih 300 projek penggantian paip sedang giat dijalankan di seluruh Sarawak.

“Ini termasuk di Sarikei, dengan tempoh pelaksanaan antara tiga hingga 10 bulan bagi setiap projek, bergantung kepada skala dan lokasi.

“Justeru, saya menyarankan orang ramai untuk segera melaporkan sebarang kebocoran paip kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan pembaziran air,” ujarnya.

Tegasnya lagi, usaha penggantian paip ini adalah antara langkah penting kerajaan negeri dalam memastikan akses kepada air bersih dan berkualiti, khususnya bagi penduduk luar bandar menjelang 2030.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: NSW berhasrat untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam bidang tenaga hijau
Next: Kong urges greater participation in MYPSV programme to boost public transport

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.