Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 30 tahun imbang objek untuk tujuan amal
  • GLOBAL

30 tahun imbang objek untuk tujuan amal

Utusan Sarawak 3 years ago

EVANS ketika melakukan aksi mengimbangi kereta Mini Cooper di atas kepalanya untuk rancangan TV di Amerika Syarikat. • Foto AFP

LONDON: Seorang warga emas yang menghabiskan 30 tahun dalam kehidupannya dengan mengimbangi pelbagai objek berat di atas kepala mengaku tidak bercadang untuk berhenti melakukannya meskipun dibelenggu masalah kesihatan.

Menurut laporan AFP, John Evans, 74, yang menghidap penyakit lelah, angina, diabetes serta mempunyai hanya sebelah mata yang berfungsi nekad meneruskan aktiviti tersebut untuk mengumpul derma bagi golongan memerlukan.

Sehingga kini, dia berjaya mengumpul sebanyak £250,000 (RM1.38 juta) untuk pelbagai badan kebajikan hasil aksi imbangannya.

Setakat ini, antara rekod imbangan yang dipegang oleh Evans adalah mesin basuh, sebuah kereta Mini Cooper dan 429 gelas berisi bir.

“Sejak 30 tahun yang lalu, saya telah mengimbangi hampir semua objek yang anda boleh fikirkan.

“Saya harap saya boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut sama melakukan sesuatu serta mengumpul dana yang banyak dalam proses itu,” katanya.

Tambah Evans, dia tidak mempunyai niat untuk berhenti melakukan aksi imbangan selagi terdaya meskipun keadaan kesihatannya tidak sebaik ketika zaman mudanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Ribuan penunjuk perasaan ‘banjiri’ jalanan
Next: Penduduk dunia semakin pemurah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.