Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 30 peserta sertai Program Joy Ride Kelab Berbasikal Santai Mukah
  • SUKAN

30 peserta sertai Program Joy Ride Kelab Berbasikal Santai Mukah

Utusan Sarawak 5 years ago
BERSEDIA… Jamil Othman (kiri) melakukan ‘flagoff’ pelepasan peserta di salah sebuah tempat letak kereta di Taman Kala Dana Mukah pada petang Rabu.

PROGRAM Santai Joy Ride adalah satu-satunya program luar yang diadakan di Bandar Mukah pada petang Rabu lalu.

Berlangsung sempena dengan Sambutan Hari Sarawak, acara berbasikal santai itu telah dianjurkan oleh Kelab Berbasikal Santai Mukah (KBSM).

Justeru, semua basikal yang digunakan diletakan dengan bendera mini Negeri Sarawak untuk melambangkan keceriaan dan peringatan hari yang cukup bermakna bagi seluruh penduduk Bumi Kenyalang ini.

Aktiviti kayuhan basikal yang  bermula jam 4.30 petang daripada tapak Kaul Mukah (Taman Kala Dana)  ke Kampung Petanak, Kampung Sungai Alo, Kampung Litong dan akan berakhir di Penempatan Semula Kuala Lama berkenaan sedikit sebanyak boleh meniupkan semangat kecintaan terhadap Sarawak di kalangan penduduk tempatan.

Selepas mangharungi perjalanan  bersifat santai sejauh 30 kilometer, mereka kembali ke rumah Presiden Kelab iaitu ASP Jamil Othman untuk menikmati hidangan ringan, sebelum bersurai.

Pada kali ini aktiviti tahunan kelab berkenaan telah disertai oleh lebih daripada 30 peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia.

Continue Reading

Previous: Solskjaer desak Man United untuk rebut ‘peluang hebat’
Next: Inter buat Juve lebih selesa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.