Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 30 peserta KEMAS sertai program kesedaran awam di BBP Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

30 peserta KEMAS sertai program kesedaran awam di BBP Bintangor

Utusan Sarawak 23 hours ago

PENGISIAN AKTIVITI… Antara pengisian aktivti di program kesedaran awam bertempat di BBP Bintangor. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Seramai 30 peserta dari Kelas Pendidikan Keluarga Sejahtera (KEMAS) Bintangor/Sarikei telah menyertai program kesedaran awam di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor. 

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut bermula pada 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, baru-baru ini. 

“Pelbagai pengisian aktiviti dijalankan sepanjang program. 

“Antaranya termasuklah taklimat berkaitan pencegahan kebakaran dan demonstrasi pengendalian kebakaran dapur memasak,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, turut dijalankan adalah pengendalian media pemadaman dan tatacara menggunakan alat pemadam api. 

“Para peserta juga berpeluang menaiki jentera bomba dan memadam kebakaran menggunakan kekili hos. 

“Program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mangsa kebakaran terima bantuan segera daripada dua persatuan tempatan
Next: Pertandingan mewarna pupuk semangat cintakan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.