Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 30 peratus peserta PLKN tidak hadir, masalah kesihatan antara alasan utama
  • SEMASA

30 peratus peserta PLKN tidak hadir, masalah kesihatan antara alasan utama

Utusan Sarawak 1 day ago

KOTA TINGGI:  Kira-kira 30 peratus peserta daripada dua siri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dilaporkan gagal menghadiri latihan atas pelbagai alasan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata antara alasan utama yang diberikan adalah masalah kesihatan dan melanjutkan pengajian ke universiti.

“Setakat ini, bagi setiap siri sebelum ini untuk PLKN 3.0 kita dapati sekitar 10 hingga 15 peratus peserta tidak hadir. Kebanyakannya ada alasan tersendiri seperti sakit atau baru dapat tawaran universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Kembara Lestari Kota Tinggi bersama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Felda Lok Heng Barat di sini hari ini. 

Mohamed Khaled berkata PLKN 3.0 masih berada dalam fasa percubaan dan pelaksanaan sepenuhnya hanya akan bermula tahun hadapan.

Program yang mengekalkan tempoh latihan selama 45 hari itu juga menerima maklum balas positif daripada peserta, khususnya terhadap elemen latihan ketenteraan yang disifatkan memberi impak besar dalam membina disiplin dan jati diri.

“Peserta daripada dua siri terdahulu memberikan maklum balas yang baik dan meminta supaya pengisian latihan ketenteraan dipertingkatkan,” katanya.

 PLKN 3.0 Siri 1/2025 diadakan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur selama 45 hari bermula 12 Januari hingga 25 Februari.

Siri 2/2025 pula bermula pada 11 Mei hingga 24 Jun lepas manakala Siri 3 akan dilaksanakan pada 7 September hingga 21 Oktober 2025 iaitu di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang. — Bernama

Continue Reading

Previous: Program kesedaran kewangan i-Saraan perkasa generasi muda
Next: Tun Wan Junaidi hadiri sarapan bersama rakan akademik dan peminat sejarah Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.