Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 30 pegawai PIB Miri sertai zumba, buktikan semangat ‘Segulai Sejalai’
  • SUKAN

30 pegawai PIB Miri sertai zumba, buktikan semangat ‘Segulai Sejalai’

Utusan Sarawak 7 hours ago
ZUMBA… Sebahagian daripada 30 pegawai PIB Miri yang menyertai Program Zumba yang diketuai oleh Ketua Imigresen Bahagian Miri, Heneritha Martin sempena Hari Sarawak 2025 yang berlangsung dengan penuh warna-warni di Stadium Tertutup Miri, hari ini.

MIRI: Pejabat Imigresen Bahagian (PIB) Miri turut sama memeriahkan Program Zumba Sambutan Hari Sarawak 2025 yang berlangsung dengan penuh warna-warni di Stadium Tertutup Miri, hari ini.

Penyertaan PIB Miri itu telah menunjukkan kecintaan kepada bumi kenyalang yang sekali gus Bahagian Miri dipilih sebagai tuan rumah rasmi bagi sambutan peringkat negeri tahun ini.

Seramai 30 pegawai PIB Miri menyertai program tersebut yang diketuai oleh Ketua Imigresen Bahagian Miri, Heneritha Martin.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen PIB Miri dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama serta semangat kebersamaan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Antara aktiviti pembuka tirai ialah program Zumba yang bermula seawal 6.30 pagi tadi.

Program Zumba bukan sekadar aktiviti senaman, malah menjadi simbol kepada semangat ‘Segulai Sejalai’ iaitu bersatu hati dan seia sekata dalam kepelbagaian kaum dan budaya.

Selari dengan tema sambutan tahun ini, ‘Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai’, PIB Miri terus komited menyokong aspirasi negeri ke arah pembangunan inklusif dan perpaduan yang utuh.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus.

Oleh Adum Liu

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Terbuka Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin kempunan lagi
Next: Hasrat Pearly-Thinaah muncul juara terbuka Jepun 2025 tidak kesampaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.