Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 30 pasukan bakal berentap 14, 15 Jun di Piala Cabaran Fro7en
  • SUKAN

30 pasukan bakal berentap 14, 15 Jun di Piala Cabaran Fro7en

Utusan Sarawak 1 day ago
POSTER Pertandingan Pickleball Piala Cabaran Fro7en 2025 yang akan berlangsung di Gelanggang Pickleball SMI Park pada 14 dan 15 Jun ini.

SIBU: Sebanyak 30 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam Pertandingan Pickleball Piala Cabaran Fro7en 2025 yang akan berlangsung di Gelanggang Pickleball SMI Park pada 14 dan 15 Jun ini.

Menerusi kenyataan media hari ini, pertandingan tersebut dianjurkan oleh Fro7en WTK Holdings Berhad dengan sokongan Persatuan Pickleball Sarawak dan Persatuan Pickleball Malaysia.

Cabutan undi bagi pembahagian kumpulan telah dijalankan secara rasmi semalam, menyaksikan 30 pasukan dibahagikan kepada enam kumpulan. 

Proses cabutan tersebut berlangsung dengan lancar dan telus, disaksikan oleh wakil-wakil pasukan serta pihak penganjur. 

Kumpulan A terdiri daripada Sarikei Pirates, Team Kyndle, WTK Pikabol Podium, Berami Blue dan Paragon Ultimate.

Kumpulan B menampilkan Sibubug Pickleball Team, Podium Project 2.0, MUSCS A, Sintak Picklers dan IPSS Smashers. 

Seterusnya, kumpulan C menghimpunkan IPSS Picklers, Ghostspeed Pickleball, WTK Fro7en A, pasukan Sabah Beniinndink dan MUSCS B. 

Kumpulan D pula diwakili oleh Paragon Ace, EKH All Stars (Kuala Lumpur), FCA Sibu, IPSS Startlers dan Lanang PC. 

Selain itu, kumpulan E pasukan yang bertanding ialah IPSS Dinkers, WTK Fro7en B, DW, The Swingers dan Berami Red. 

Akhir sekali, Kumpulan F menyaksikan pertembungan antara MUSCS C, Paragon Perfecto, Kelab Pickleball Nangka (KPN), SPD Mix dan Floor is Lava.

Setiap kumpulan akan bersaing secara pusingan penuh (round-robin), di mana dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan layak ke pusingan 12 pasukan terbaik yang akan bertanding dalam format penyingkiran silang. 

Enam pasukan yang menang dalam pusingan ini akan melalui satu lagi cabutan undi untuk dibahagikan kepada Kumpulan X dan Y, lalu meneruskan saingan dalam pusingan round-robin kedua. 

Juara setiap kumpulan akan mara ke perlawanan akhir bagi merebut gelaran juara keseluruhan, manakala pasukan di tempat kedua akan bertanding dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Johan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000, baucar Fro7en RM1,000, trofi dan medal, naib johan wang tunai RM4,000, baucar Fro7en RM500, trofi dan medal.

Tempat ketiga wang tunai RM2,000, baucar Fro7en RM300, trofi dan medal dan tempat keempat wang tunai RM1,000 dan baucar Fro7en RM200.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Negara-Negara 2025: Muhammad Azrai teruja aksi menentang New Zealand
Next: SBC tarik lebih ramai pelumba, hadiah RM23,900 jadi rebutan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.