Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 30 mangsa sindiket penipuan pekerjaan pulang ke Indonesia
  • GLOBAL

30 mangsa sindiket penipuan pekerjaan pulang ke Indonesia

Utusan Sarawak 2 years ago

Mangsa dibawa ke Jakarta pada 2 April selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan Vietnam dan diberikan kaunseling di Pusat Pemulihan Trauma sebelum dihantar pulang ke rumah masing-masing.

JAKARTA: Seramai 30 mangsa sindiket tawaran kerja palsu di Vietnam, warganegara Indonesia, dihantar pulang ke rumah masing-masing selepas menerima perkhidmatan kaunseling di sini pada Isnin lalu.

Mereka terdiri daripada 29 lelaki dan seorang wanita merupakan kes pertama jenayah pemerdagangan manusia yang melibatkan sejumlah besar mangsa warganegara Indonesia di Vietnam.

Dalam satu kenyataan, Konsulat Jeneral Indonesia di Ho Chi Minh City berkata, mereka ditipu oleh sindiket yang menjanjikan jawatan bergaji tinggi di luar negara.

Realitinya, mereka bekerja di pusat panggilan yang menyamar sebagai institusi atau badan kerajaan Indonesia dan dipaksa melakukan penipuan.

Pada 12 Mac, mereka melarikan diri dari penempatan yang dibina sindiket itu dan sampai di pejabat konsular.

Mereka tidak membawa pasport atau telefon bimbit kerana telah dirampas oleh anggota sindiket sebaik tiba di bandar itu.

Mangsa dibawa ke Jakarta pada 2 April selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan Vietnam dan diberikan kaunseling di Pusat Pemulihan Trauma sebelum dihantar pulang ke rumah masing-masing.

– Bernama

Continue Reading

Previous: Kes Covid-19 di Asia Tenggara melonjak 481 peratusĀ  – WHO
Next: Jepun luluskan lesen kasino pertama negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.