30 ahli KRT sertai program anjuran AADK

Facebook
WhatsApp
SERAMAI 30 peserta KRT menyertai Program KRT Selamat Jom Ronda 1 Sarawak Bil. 5/2024 di sini, baru-baru ini. Foto AADK Daerah Sibu

SIBU: Seramai 30 orang ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bahagia Jaya Teku telah menyertai Program KRT Selamat Jom Ronda 1 Sarawak Bil. 5/2024 di sini, baru-baru ini.

Program ini dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu dengan kerjasama Jawatankuasa Rukun Tetangga Kampung Bahagia Jaya Teku.

Program rondaan ini bertujuan mengukuhkan lagi hubungan rakan pintar antara AADK dan komuniti setempat.

Selain itu, program ini diharapkan dapat menjadikan KRT Kampung Bahagia Jaya Teku sebagai kawasan yang bebas dan selamat daripada sebarang aktiviti tidak sihat.

Pelaksanaan rondaan ini juga memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa keberadaan AADK dalam komuniti adalah nyata dan aktif dalam menjaga keselamatan penduduk.

Turut hadir pada program tersebut, Pegawai dari Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sibu, Jendri Mangku, serta beberapa pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai Polis Sungai Merah.

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos