DALAT: Kehadiran tiga tokoh wanita memperkuatkan jentera kempen bagi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib dalam usahanya mempertahan kerusi itu untuk penggal kedua.
Mereka ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Dato Sri Fatimah Abdullah, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu dan Dato Sri Rohani Abdul Karim.
Mereka hadir bersama Hanifah dalam program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Kampung Sg Ud Dalat dekat sini. Ia membabitkan ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Sg Ud Proper, Sg Ud Hilir dan Tengah Hilir Darat).
Kerusi Parlimen Mukah pula menyaksikan pertembungan ulangan seperti PRU-14 apabila Hanifah (GPS-PBB) dicabar sekali lagi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewakili gabungan PH, Abdul Jalil Bujang, yang pernah ditewaskannya pada 2018.
Kerusi Parlimen Mukah menyaksikan pertembungan ulangan seperti PRU-14 apabila Hanifah (GPS-PBB) dicabar sekali lagi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewakili gabungan PH, Abdul Jalil Bujang, yang pernah ditewaskannya pada 2018.
Oleh Henry B Siyu