Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • 3 rumah teres musnah dalam kebakaran di Desa Ilmu
  • KEBAKARAN

3 rumah teres musnah dalam kebakaran di Desa Ilmu

Utusan Sarawak 3 hours ago

TERBAKAR… Anggota Bomba giat menjalankan operasi pemadaman melibatkan tiga buah rumah teres dua tingkat di Lorong 10, Desa Ilmu, Kota Samarahan, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Tiga rumah teres dua tingkat musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Lorong 10, Desa Ilmu di sini, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.48 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan bersama pasukan bantuan dari BBP Tabuan Jaya dan BBP Siburan digerakkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, pasukan Bomba mendapati kebakaran melibatkan tiga rumah dan operasi pemadaman dijalankan serta-merta.

Operasi disertai seramai 18 anggota yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Tahir Tuah dan Komander Operasi Kanan Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Christian Olas yang juga Ketua Balai BBP Kota Samarahan.

Antara aset logistik yang digunakan ialah sebuah jentera Penyelamat Bomba (FRT), dua unit Jentera Penyelamat Bomba Kompak (CFRT) dan sebuah lori.

Kerja pemadaman masih diteruskan bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke struktur berhampiran.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran tapak pelupusan sampah Sarikei berlarutan lima hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.