

CANBERRA: Tiga lelaki maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di selatan Adelaide pada petang Jumaat, menurut Polis Australia Selatan pada Sabtu, lapor Xinhua.
Polis menerima laporan mengenai sebuah pesawat ringan yang terhempas ke dalam laut kira-kira 4.20 petang waktu tempatan dan segera bertindak balas, katanya dalam satu kenyataan.
Ketiga-tiga mangsa di dalam pesawat itu ditemukan maut — juruterbang berusia 57 tahun serta dua penumpang masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, katanya sambil menambah bangkai pesawat telah dibawa ke darat. – Bernama-Xinhua