Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 3 maut, 35 cedera dalam kemalangan bas di Serbia
  • GLOBAL

3 maut, 35 cedera dalam kemalangan bas di Serbia

Utusan Sarawak 1 day ago
TIGA maut dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila sebuah bas dua tingkat terbalik di luar bandar Sremska Mitrovica di utara Serbia pada petang Jumaat.

BELGRADE: Tiga orang maut manakala 35 lagi cedera pada Jumaat apabila sebuah bas yang membawa pekerja kilang terbalik berhampiran bandar Sremska Mitrovica di utara Serbia, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Serbia, bas yang membawa pekerja sebuah kilang pengeluar peralatan kesihatan itu terbabas dan terbalik kira-kira 2.45 petang waktu tempatan. 

Dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital akibat kecederaan. 

Perkhidmatan kecemasan menghantar enam pasukan perubatan ke tempat kejadian, dan 35 penumpang dirawat di Hospital Umum Sremska Mitrovica.

Pegawai hospital, Vojislav Mirnic, memberitahu media tempatan bahawa kebanyakan mangsa mengalami kecederaan serius. Seorang pesakit dipindahkan ke Pusat Klinikal Vojvodina di Novi Sad untuk rawatan lanjut.

Pemandu bas ditahan selama 48 jam untuk siasatan lanjut, menurut kenyataan pihak berkuasa. – B Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Bled di Slovenia dinobat antara Pelancongan Terbaik Dunia 2025
Next: Putera Andrew lepas gelaran diraja di tengah dakwaan skandal Epstein

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.