
JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan kira-kira 150 yang lain berjaya diselamatkan selepas kapal penumpang terbakar di perairan Wilayah Sulawesi Utara, Indonesia hari ini, menurut Veri Ariyanto, pegawai kanan di Pejabat Mencari dan Menyelamat wilayah itu.
“Tiga orang maut dan hampir 150 diselamatkan. Mereka diselamatkan oleh gabungan pasukan penyelamat serta bot nelayan tempatan,” katanya kepada Xinhua.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. Dua kapal, beberapa bot dan kapal lain digerakkan untuk menyelamat, kata Ariyanto.
Kapal itu KM Barcelona 5, terbakar ketika belayar di perairan berhampiran Manado, ibu kota wilayah itu, kira-kira 1.00 tengah hari waktu tempatan, menurut Dani Repi, ketua pasukan reaksi pantas Agensi Pengurusan dan Pengurangan Bencana wilayah itu.
Beliau berkata kira-kira 280 orang berada di atas kapal ketika kejadian.
-Bernama