Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 294 pelatih konstabel tamat latihan asas di PULAPOL
  • TEMPATAN

294 pelatih konstabel tamat latihan asas di PULAPOL

Utusan Sarawak 11 hours ago
UCAPAN… Datuk Hamzah Ahmad berucap pada Program Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Bil.76 Siri 3/2025 di Padang Kawad, PULAPOL.abel tamat latihan asas di PULAPOL.

KUCHING: Seramai 294 pelatih konstabel berjaya menamatkan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Bil. 76 Siri 3/2025 pada majlis istiadat yang berlangsung penuh semangat patriotik di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) di sini, hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Hamzah Ahmad, cabaran dunia moden menuntut setiap anggota PDRM untuk kekal tangkas dalam teknologi, tegas dalam integriti, dan berani demi keamanan negara.

PERIKSA PERBARISAN… Datuk Hamzah Ahmad memeriksa barisan pada perbarisan tamat latihan.

“Dalam dunia digital dan media sosial yang pantas berubah, anggota PDRM mesti celik teknologi dan berprinsip. Kreadibiliti pasukan bergantung kepada tindakan setiap seorang daripada anda,” tegas beliau pada Program Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Bil.76 Siri 3/2025 di Padang Kawad, PULAPOL.

Beliau menambah latihan yang dilalui bukan sekadar mencabar dari aspek fizikal, tetapi turut membina ketahanan mental, rohani, dan jati diri kebangsaan agar para anggota mampu menghadapi cabaran tugas dengan penuh berhemah dan profesional.

PERIKSA PERBARISAN… Datuk Hamzah Ahmad memeriksa barisan pada perbarisan tamat latihan.

Daripada jumlah pelatih, tujuh merupakan pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), 233 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), 42 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), sembilan diploma, dan dua pemegang Ijazah Sarjana Muda.

Tiga pelatih cemerlang dari Sabah menerima penghormatan tertinggi iaitu Alfred Johari (Pelatih Terbaik Akademik), Azroy Azmon Juanis (Pelatih Terbaik Latihan Luar) dan Suhaimi Sarman (Pelatih Terbaik Keseluruhan). 

Bagi Konstabel Ferdinand Ganing Junior, kejayaan menamatkan tempoh latihan asas kepolisan merupakan detik yang amat bermakna dalam hidupnya.

RAKAM KENANGAN… Konstabel Ferdinand Ganing Junior bergambar bersama ahli keluarga. 

Beliau menzahirkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian tersebut setelah melalui tempoh latihan yang mencabar dari segi fizikal dan mental.

“Saya amat bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada para jurulatih serta keluarga yang sentiasa memberikan sokongan.

“Tidak sabar rasanya untuk melangkah ke dunia sebenar sebagai seorang anggota polis. Saya berazam untuk menabur bakti, menjaga keselamatan masyarakat, dan berkhidmat sepenuh jiwa demi negara tercinta,” katanya penuh semangat.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datin Sulastri Fethihana Swanto, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM, DCP Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak bersama isteri, Faisha Ishak, serta Komandan PULAPOL Kuching, SAC Zulfikar Jeneral (B) Tan Sri Mohamad Ghazali dan isteri, Jennana Lynn Johnson, yang juga Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuching.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Overgrowth vegetation in monsoon drains can cause floods
Next: Penutupan penuh Jalan Datuk Ajibah Abol 5-6 Julai untuk kerja baik pulih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.