Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 29,177 murid Tahun 6 duduki UP-DLPS 6 bermula hari ini – Roland Sagah
  • PENDIDIKAN

29,177 murid Tahun 6 duduki UP-DLPS 6 bermula hari ini – Roland Sagah

Utusan Sarawak 20 hours ago
DATO Sri Roland Sagah Wee Inn.

KUCHING: Seramai 29,177 murid Tahun 6 di seluruh Sarawak menduduki Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak Tahun 6 (UP-DLPS 6) bermula hari ini sehingga 16 Oktober 2025.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, peperiksaan ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidika (KPM).

Jelas beliau, peperiksaan ini merangkumi mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris di bawah Program Dwibahasa (DLP) Sarawak serta mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

“Pelaksanaan UP-DLPS 6 merupakan penanda aras penting dalam usaha berterusan Sarawak untuk memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah.

“Melalui penilaian ini, kementerian berhasrat untuk mengukur secara objektif prestasi murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris, serta mengenal pasti bidang yang memerlukan penambahbaikan,” katanya menerusi satu kenyataan media, pada Rabu.

Tambah beliau, kertas soalan UP-DLPS 6 telah disemak dan disahkan oleh Cambridge University Press and Assessment (CUPA) bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ujian dalam menilai pengetahuan dan kemahiran murid mengikut piawaian antarabangsa.

“Keputusan penilaian ini akan digunakan bagi merangka program intervensi khusus bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah DLP,” ujarnya. -UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kembalikan hukuman rotan di sekolah: KGBS
Next: Pemasangan CCTV di 200 sekolah berasrama dijangka siap sepenuhnya ada November – KPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.