Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran musnahkan 29 pintu rumah panjang di Kapit, akses sukar lambatkan laporan
  • KEBAKARAN

Kebakaran musnahkan 29 pintu rumah panjang di Kapit, akses sukar lambatkan laporan

Utusan Sarawak 6 days ago
RUMAH panjang 29 pintu musnah hampir keseluruhan dalam kebakaran awal pagi tadi. Foto BBP Kapit

KAPIT: Rumah panjang jenis separuh kayu di Rumah Liun, Nanga Pangai, Sungai Ibau, Kapit, musnah hampir keseluruhannya dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 10.00 pagi

“Kebakaran melibatkan rumah panjang satu tingkat separuh kayu yang mempunyai 29 pintu dan telah musnah kira-kira 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

RUMAH panjang 29 pintu musnah hampir keseluruhan dalam kebakaran awal pagi tadi. Foto: BBP Kapit

Beliau berkata, pasukan bomba mengambil masa kira-kira satu jam 40 minit untuk tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 61 kilometer (km) dari balai, melalui jalan balak serta perlu merentas sungai.

Menurutnya, kejadian kebakaran dipercayai berlaku sekitar  2.30 pagi namun pelapor, iaitu Tuai Rumah, hanya berupaya membuat laporan di BBP Kapit pada 10.00 pagi berikutan tiada liputan talian komunikasi di kawasan berkenaan.

RUMAH panjang 29 pintu musnah hampir keseluruhan dalam kebakaran awal pagi tadi. Foto: BBP Kapit

Siasatan awal mendapati, daripada 29 pintu rumah panjang itu, 13 pintu tidak berpenghuni manakala 16 pintu dihuni oleh 28 orang penghuni yang berada di rumah semasa kejadian.

“Semua penghuni dilaporkan selamat,” jelas jurucakap itu.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah dua tingkat musnah 90 peratus dalam kebakaran di Kampung Lalang Gedong
Next: Sebuah Rumah Baruk di Kampung Budaya musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.