

RANAP….Sebuah rumah panjang 29 pintu di Jalan Song Temalat Nanga Sungai Sipan, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak.
SONG: Sebuah rumah panjang 29 pintu musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi, menyebabkan semua penghuni tinggal sehelai sepinggang.
Kejadian berlaku di Rumah Panjang Tuai Rumah Austin Ikew, yang terletak di Jalan Song–Temalat, Nanga Sungai Sipan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sepasukan 13 anggota bersama dua jentera Tender Penyelamat Kebakaran (FRT) bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 4.21 pagi.

“Kebakaran rumah panjang 29 pintu, jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus. Kebakaran waktu ini telah terkawal.
“Pasukan bomba dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Song membuat pemadaman. Pasukan pada waktu ini sedang membuat kerja membaik pulih menyeluruh,” kata kenyataan itu, sebentar tadi.
Setakat ini, kebakaran tiada melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan.