Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 29 pelajar cemerlang SMK Meradong terima insentif khas
  • PENDIDIKAN

29 pelajar cemerlang SMK Meradong terima insentif khas

Utusan Sarawak 15 hours ago
UNTUK ALBUM….ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama para pelajar cemerlang SPM 2024 SMK Meradong.

BINTANGOR: Seramai 29 pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong hari ini menerima insentif khas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, sebagai penghargaan atas pencapaian mereka dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Dalam ucapannya, Kuong Hiing melahirkan rasa gembira kerana dapat bersama-sama meraikan kejayaan para pelajar SMK Meradong yang telah membuktikan bahawa kegigihan dan usaha berterusan pasti membuahkan kejayaan.

“Insentif ini bukan sahaja ganjaran kepada yang berjaya, tetapi juga motivasi untuk pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 agar belajar bersungguh-sungguh dan mencipta kejayaan dalam SPM akan datang,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak sekolah atas komitmen dan dedikasi dalam melahirkan pelajar cemerlang, serta atas peluang yang diberikan kepadanya untuk menyampaikan insentif khas sebagai tanda sokongan berterusan.

Tambahnya, kerajaan Sarawak memberi penekanan yang tinggi terhadap pembangunan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Sehubungan itu, beliau menggalakkan para pelajar agar mempertimbangkan aliran sains sebagai pilihan, demi menjamin masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing.

“Bermula 2026, kerajaan Sarawak akan menawarkan pendidikan tinggi secara percuma kepada anak-anak Sarawak dalam bidang seperti STEM, perubatan, kewangan, perakaunan dan undang-undang. 

“Tambahan pula, bagi keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, pelajar layak menerima elaun tahunan RM15,000 untuk menampung kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. 

“Inilah bukti komitmen kerajaan untuk membangunkan potensi anak-anak Sarawak,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan peruntukan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM150,000 pada 2026 bagi menaik taraf dewan SMK Meradong, termasuk pemasangan penghawa dingin baharu.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk meningkatkan jumlah insentif kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada masa akan datang, selaras dengan usaha memperkasa kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar.

Turut hadir Pengetua SMK Meradong, Poh Chie Teck dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Tuai Rumah Cherida Igu.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Petronas perkasa ilmu, tarik minat pelajar terokai STEM
Next: Petronas tingkat pendidikan STEM berkualiti di Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.