Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 29 mangsa masih ditempatkan di PPS
  • TEMPATAN

29 mangsa masih ditempatkan di PPS

Utusan Sarawak 4 years ago
PENANDA aras banjir dipasang di beberapa lokasi yang dilanda banjir di Miri.

MIRI: Seramai 29 mangsa banjir daripada empat keluarga dari Kampung Batu Satu dan Tudan di sini masih ditempatkan di dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS)yang dibuka sejak Rabu lalu.

Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan ke PPS setelah rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan dan air pasang besar sejak malam Selasa.

 Setakat ini, keadaan di kawasan yang terjejas akibat banjir termasuk di beberapa kawasan perumahan di Senadin di sini masih terkawal.

Bagaimanapun orang ramai yang berada di kawasan rendah dan berisiko banjir diingatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan keadaan semasa.

Sementara itu, pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) turut bertindak memasang penanda aras banjir di beberapa kawasan yang dilanda banjir sebagai panduan pengguna jalan raya dan orang ramai.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Pantai Peliau, Pantai Bungai dipenuhi puntung kayu
Next: SOP PKPB SARAWAK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.