Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 2,867 peserta Bukit Assek terima MyLesen B2, diingatkan patuhi undang-undang jalan raya
  • WILAYAH

2,867 peserta Bukit Assek terima MyLesen B2, diingatkan patuhi undang-undang jalan raya

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng (tiga dari kiri) menyerahkan replika lesen PDL kepada salah seorang peserta lelaki paling muda pada majlis tersebut hari ini.

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng mengingatkan penerima lesen memandu di bawah Program MyLesen B2 supaya menggunakan kemudahan tersebut secara bertanggungjawab dan tidak terlibat dalam kegiatan samseng jalanan atau lumba haram.

Beliau berkata, lesen memandu yang diterima merupakan simbol kepercayaan kerajaan bahawa pemegangnya mampu mematuhi undang-undang jalan raya serta mengamalkan pemanduan berhemah.

“Apabila anda menerima lesen memandu, ia bukan tiket untuk memandu sesuka hati. Pihak berkuasa percaya anda mampu membezakan antara tindakan berani dan perbuatan cuai yang boleh membahayakan.

“Gunalah lesen yang diperoleh dengan penuh tanggungjawab serta menjadi individu yang membanggakan keluarga dan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Program MyLesen B2 anjuran DUN Bukit Assek Tahun 2026 di SMK Sacred Heart di sini, hari ini.

TAHNIAH… ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng merakam kenangan bersama seorang peserta yang memenangi cabutan bertuah berupa motosikal.

Menurut beliau, seramai 2,867 peserta dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek berjaya memperoleh lesen memandu masing-masing menerusi Program MyLesen selepas melalui proses saringan, latihan dan ujian yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui JPJ itu bertujuan membantu golongan B40 meningkatkan taraf sosioekonomi dengan membuka peluang pekerjaan khususnya dalam sektor logistik dan pengangkutan.

Pada masa sama, Chieng menggesa agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPJ supaya terus memperkukuh mekanisme penguatkuasaan bagi mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya.

Katanya, langkah tersebut selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menurunkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya sebanyak 50 peratus menjelang 2030.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis berbuka puasa lambang keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.