Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 2,831 mangsa banjir dipindahkan, 39 PPS aktif di Sarawak
  • TEMPATAN

2,831 mangsa banjir dipindahkan, 39 PPS aktif di Sarawak

Utusan Sarawak 20 hours ago
SERAMAI 2,831 mangsa banjir dipindahkan, 39 PPS aktif di Sarawak. Foto Facebook APM Sarawak

KUCHING: Seramai 2,831 mangsa banjir melibatkan 826 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dipindahkan ke 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang kini aktif di seluruh Sarawak, setakat jam 8.00 pagi, hari ini.

Menurut Infografik Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 yang dikeluarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, sebanyak 13 daerah dikenal pasti terjejas akibat bencana banjir melibatkan tujuh bahagian utama di negeri ini.

Screenshot
Screenshot
Screenshot

Antara bahagian yang terlibat ialah Kuching, Samarahan, Serian, Mukah, Sibu, Miri dan Bintulu.

Bahagian Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan seramai 1,698 mangsa daripada 481 KIR ditempatkan di 24 PPS, diikuti Bahagian Samarahan dengan 586 mangsa melibatkan 185 KIR di enam PPS.

Di Bahagian Kuching, seramai 225 mangsa daripada 64 KIR ditempatkan di tiga PPS, manakala Bahagian Mukah mencatatkan 155 mangsa melibatkan 55 KIR di sebuah PPS.

Bahagian Miri pula merekodkan 153 mangsa daripada 37 KIR di tiga PPS.

Screenshot
Screenshot
Screenshot

Sementara itu, Bahagian Sibu dan Bintulu masing-masing merekodkan tujuh mangsa, dengan Sibu melibatkan dua KIR dan Bintulu melibatkan dua KIR, masing-masing ditempatkan di sebuah PPS.

Infografik turut menunjukkan trend pemindahan mangsa meningkat, selari dengan keadaan cuaca semasa dan paras air yang masih menunjukkan kenaikan di beberapa kawasan rendah.

Pihak APM Sarawak bersama agensi keselamatan dan penyelamat lain terus berada dalam keadaan siap siaga bagi memastikan kebajikan mangsa terpelihara serta operasi pemindahan dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 10 mangsa banjir selamat dipindahkan ke PPS Batu Kitang Jaya
Next: Gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip pecah di Jalan Haji Baki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.