Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 282 tahanan warga Indonesia dipindahkan pulang melalui Tebedu
  • JENAYAH

282 tahanan warga Indonesia dipindahkan pulang melalui Tebedu

Utusan Sarawak 3 hours ago
SERAMAI 282 tahanan warga Indonesia dipindahkan pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan Warga Asing yang dilaksanakan oleh Depot Imigresen Semuja hari ini. Foto: Jabatan Imigresen Sarawak

TEBEDU: Seramai 282 tahanan warga Indonesia yang telah selesai menjalani hukuman di Malaysia dipindahkan pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan Warga Asing yang dilaksanakan oleh Depot Imigresen Semuja hari ini.

Menurut kenyataan media Jabatan Imigresen (JIM) Sarawak, program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kuching sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memastikan pengurusan tahanan warga asing dijalankan secara teratur dan mematuhi prosedur undang-undang.

Program berkenaan diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI), Shareena Mohamad Shuib yang menyelia keseluruhan proses penghantaran pulang tahanan terbabit melalui pintu sempadan Tebedu.

SERAMAI 282 tahanan warga Indonesia dipindahkan pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan Warga Asing yang dilaksanakan oleh Depot Imigresen Semuja hari ini. Foto: Jabatan Imigresen Sarawak

Menurut kenyataan itu, daripada jumlah keseluruhan tahanan yang dihantar pulang, seramai 220 adalah lelaki, 49 wanita, sembilan kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan.

JIM Sarawak memaklumkan semua individu terbabit telah selesai menjalani hukuman sebelum proses penghantaran pulang dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya lagi, proses pemindahan tahanan dilakukan dengan pengawasan rapi bagi memastikan aspek keselamatan, kebajikan serta kelancaran perjalanan sentiasa terjamin sepanjang operasi berlangsung.

Dalam pada itu, JIM Sarawak menegaskan komitmen pihaknya untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama kedutaan dan konsulat asing dalam mengurus penghantaran pulang warga asing ke negara asal secara profesional dan berkesan.

Menurut kenyataan tersebut, program seperti itu memperlihatkan keprihatinan Kerajaan Malaysia dalam menangani isu migrasi dan pengurusan tahanan warga asing secara berhemah selain memastikan setiap tindakan dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang negara.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Padah jadi ‘transporter’ migran, individu ditahan bersama tiga warga asing di Engkilili
Next: 43 warga asing ditahan dalam Operasi Imigresen Bersepadu di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.