Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 28 PPK tersenarai dalam Peladang e-Shop
  • TEMPATAN

28 PPK tersenarai dalam Peladang e-Shop

Utusan Sarawak 3 years ago

DEMI PERTANIAN… Mereka yang hadir merakam gambar dengan Abdul Yakub Arbi pada mesyuarat tersebut.

MUKAH: Sekitar 70 peratus perwakilan dan ketua unit menghadiri Mesyuarat Tahunan Ke-37 Pertubuhan Peladang Kawasan Mukah (PPK Mukah) pada  Rabu (27 Julai).

Berlangsung  di Pusat Pentadbiran Baru Mukah, ia telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Menurut Pengerusi PPK Mukah, Manuchihr Smith, walaupun dibuat secara ringkas namun ia adalah wajib  bagi semua PPK di seluruh Sarawak untuk mengadakan mesyuarat tahunan.

“Banyak usul yang dibangkitkan untuk  kebaikan bersama biarpun  Kilang Tebaloi antara yang disifatkan sebagai tunggak utama PPK MUKAH  sebagai pemangkin utama ekonomi kerana ia melibatkan kerjasama ahli-ahli PPK di kawasan ini,” katanya.

Beliau menambah, juga dibangkitkan pada mesyuarat tersebut ialah pelaksanaan skim baja padi kerajaan persekutuan(SBPKP).

“SBPKP yang kini menyusut hampir 80-90 peratus dan diharap ada cadangan baharu bagi para pekebun dan ahli adalah untuk menggantikan skim lain melalui agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian atau kementerian untuk  menyalur terus kepada pekebun melalui ppk seluruh Sarawak. Dengan pemberian bantuan Baja untuk tanaman lain juga selain dari  padi,” ujarnya lagi.

Manuchihr seterusnya menyatakan usul yang juga diketengahkan adalah mewajibkan pemohon bantuan  dari agensi pertanian atau jabatan veterinar  untuk menjadi ahli, atau diberi  keutamaan.

“Ini secara tak langsung boleh menarik generasi muda untuk bergiat aktif dan  dapat  menambah ahli di peringkat PPK . Borang perlu dikemaskini dengan memasukan hanya ahli yang layak memohon.  Dalam masa sama Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak(PPNS) untuk membantu dalam pemasaran produk-produk dari PPK kawasan yang kini ada 28 PPK dan dimasukkan dalam senarai Peladang e-Shop,” tambah Manuchihr.

Selain itu ujarnya,  mereka juga memohon PPK untuk mengaktifkan unit-unit peladang di seluruh kawasan dan terlibat dalam sektor pertanian moden  termasuk pemprosesan.

“Antara yang berpotensi ialah ternakan sama ada secara berkelompok atau individu keutamaan diberi kepada ahli PPK. Juga  untuk mewujudkan satu produk di setiap unit sama ada rumah panjang dan kampung bagi menaikkan taraf kehidupan para pekebun seperti tanaman pisang kepuk, pembuatan kerepek, anyaman, ukiran atau lain yang boleh menarik minat untuk menjadi ahli.  PPK,   PPNS serta agensi kerajaan perlu bergerak seiring bagi merealisasikan impian semua peladang untuk menjadikan ia sebagai penjana ekonomi untuk  merekadan keluarga, termasuk perolehan setempat,” katanya lagi.

Manuchihr percayai usaha tersebut dapat  membantu dalam memantapkan dasar keselamatan makanan negara  dan menghidupkan ekonomi ahli  PPK. Juga kelihatan pada majlis perasmian mesyuarat ialah Mohd Hatta dari Ibu Pejabat Peladang Kuching, Pengurus Besar PPK Mukah Madihi Marsi, Penolong Pegawai Agriculture, Laja & Alvina Bijo, ahli jemaah pengarah dan kakitangan PPK MUKAH, para pewakilan dan ketua unit peladang seluruh Mukah termasuk Balingian.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Kerajaan teliti kaedah, model penyelenggaraan LPB
Next: Perkenalkan visa kemasukan berganda kepada pelancong asing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.